Jenis Harta Intelek di Malaysia: Trademark, Paten, Hak Cipta atau Reka Bentuk?

Jenis Harta Intelek di Malaysia

Anda mempunyai nama jenama, logo, produk baharu, teknologi, reka bentuk produk atau kandungan kreatif. Persoalannya, perlindungan  harta intelek yang manakah sesuai untuk melindunginya?

Ramai pemilik perniagaan mengetahui bahawa aset mereka perlu dilindungi, tetapi tidak pasti sama ada mereka memerlukan trademark, paten, hak cipta atau reka bentuk perindustrian.

Perbezaan ini penting kerana setiap jenis harta intelek melindungi perkara yang berbeza.

Secara mudah:

Jenama → Trademark / cap dagangan

Ciptaan teknikal → Paten

Karya kreatif → Hak cipta

Penampilan produk → Reka bentuk perindustrian

Sebuah produk juga boleh mempunyai beberapa jenis perlindungan pada masa yang sama. Oleh itu, langkah pertama sebelum daftar harta intelek ialah mengenal pasti aset yang anda miliki dan menentukan hak yang paling relevan.

Protect Your Idea Before Someone Else Does

Apa Itu Harta Intelek?

Harta intelek atau intellectual property (IP) merujuk kepada hak yang berkaitan dengan hasil kreativiti, inovasi, identiti komersial dan ciptaan.

Berbeza dengan aset fizikal seperti mesin, bangunan atau stok, harta intelek ialah aset tidak ketara yang boleh mempunyai nilai komersial yang besar.

Perbadanan Harta Intelek ataupun MyIPO mengiktiraf beberapa komponen utama harta intelek di Malaysia, termasuk cap dagangan, paten, hak cipta, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.

Bagi kebanyakan perniagaan, empat kategori yang paling kerap relevan ialah trademark, paten, hak cipta dan reka bentuk perindustrian.

Aset anda

Jenis perlindungan yang boleh dipertimbangkan

Nama jenama

Trademark / cap dagangan

Logo

Trademark / cap dagangan

Slogan tertentu

Trademark / cap dagangan

Teknologi atau ciptaan baharu

Paten

Proses teknikal

Paten

Bentuk atau rupa produk

Reka bentuk perindustrian

Artikel, foto atau ilustrasi

Hak cipta

Video dan muzik

Hak cipta

Kod perisian

Hak cipta

Produk dengan beberapa ciri IP

Gabungan beberapa hak

Memahami perbezaan ini membantu anda mengelakkan kesilapan seperti cuba menggunakan trademark untuk melindungi teknologi atau menganggap hak cipta melindungi nama jenama secara menyeluruh.

1. Trademark atau Cap Dagangan: Melindungi Identiti Jenama

Trademark, yang disebut sebagai cap dagangan dalam undang-undang Malaysia, melindungi tanda yang membantu pengguna membezakan barangan atau perkhidmatan sesebuah perniagaan daripada perniagaan lain.

Menurut MyIPO, tanda boleh merangkumi elemen seperti perkataan, nama, logo, jenama, bentuk pembungkusan, warna, bunyi dan beberapa jenis tanda lain yang memenuhi keperluan pendaftaran.

Contoh mudah ialah apabila pelanggan mengenali produk anda melalui nama atau logo tertentu.

Jika aset utama anda ialah identiti yang digunakan untuk menjual produk atau perkhidmatan, trademark biasanya antara bentuk perlindungan pertama yang patut dinilai.

Bila trademark menjadi penting?

Trademark menjadi semakin penting apabila anda mula melabur dalam penjenamaan.

Bayangkan anda telah menggunakan satu identitiselama beberapa tahun. Anda kemudian membelanjakan wang untuk pembikinan papan tanda, pembungkusan produk, domain, pemasaran digital dan pengiklanan.

Jika kemudian anda mengetahui bahawa nama tersebut berkonflik dengan hak pihak lain, kos untuk menukar jenama boleh menjadi jauh lebih tinggi berbanding melakukan carian trademark pada peringkat awal.

Pendaftaran cap dagangan juga memberi pemilik berdaftar hak eksklusif berkaitan penggunaan cap tersebut untuk barangan atau perkhidmatan yang dilindungi. MyIPO menyatakan bahawa pendaftaran cap dagangan sah selama 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.

Sebelum memfailkan permohonan, carian awal boleh membantu mengenal pasti tanda yang sama atau hampir serupa.

KASS menyediakan perkhidmatan trademark yang merangkumi carian, analisis, pemfailan, prosecution, pembaharuan dan strategi perlindungan jenama di Malaysia serta Asia Tenggara.

2. Paten: Melindungi Ciptaan dan Penyelesaian Teknikal

Jika kelebihan utama produk anda terletak pada bagaimana ia berfungsi, anda mungkin perlu mempertimbangkan paten.

Paten ialah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta, sama ada produk atau proses yang menyediakan sesuatu yang baharu atau penyelesaian teknikal kepada sesuatu masalah.

Di Malaysia, sesuatu rekacipta yang ingin mendapat perlindungan paten secara umumnya perlu memenuhi kriteria kebaharuan, langkah merekacipta dan kebolehgunaan dalam industri.

Contohnya, sebuah syarikat mungkin membangunkan sistem mekanikal baharu, teknologi pembuatan, komponen elektronik atau penyelesaian teknikal yang memberikan kelebihan kepada produknya.

Dalam situasi ini, mendaftarkan nama produk sebagai trademark tidak melindungi teknologi tersebut.

Trademark melindungi identiti komersial.

Paten pula memberi fokus kepada ciptaan teknikal.

Kenapa strategi paten perlu dibuat awal?

Paten sangat berkait dengan isu kebaharuan.

MyIPO menerangkan bahawa sesuatu rekacipta perlu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia untuk memenuhi elemen kebaharuan.

Oleh itu, jika anda sedang membangunkan teknologi baharu, sebaiknya nilai strategi IP sebelum membuat pendedahan awam yang luas.

Penyediaan permohonan paten juga bukan sekadar menerangkan produk. Skop tuntutan paten boleh memberi kesan besar kepada nilai perlindungan yang diperoleh.

KASS menyediakan perkhidmatan paten termasuk carian kebolehpatentan, penyediaan spesifikasi, pemfailan, prosecution, pembaharuan dan sokongan penguatkuasaan.

3. Hak Cipta: Melindungi Karya Kreatif

Hak cipta pula memberi fokus kepada karya asli yang telah dizahirkan dalam bentuk yang boleh dikenal pasti.

Di Malaysia, kategori karya yang boleh mendapat perlindungan termasuk karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan karya terbitan.

Dalam konteks perniagaan, hak cipta boleh menjadi relevan kepada aset seperti kandungan laman web, artikel, foto, video, ilustrasi, bahan latihan, manual, karya grafik dan kod perisian.

Perlukah hak cipta didaftarkan?

Ini satu perbezaan penting daripada trademark dan paten.

Malaysia mengamalkan prinsip “no-formality requirement” bagi hak cipta. MyIPO menyatakan bahawa perlindungan hak cipta adalah automatik apabila syarat undang-undang yang berkaitan dipenuhi.

Walau bagaimanapun, MyIPO menyediakan Sistem Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta.

Sijil pemberitahuan tersebut boleh membantu sebagai bukti prima facie dalam keadaan tertentu jika timbul pertikaian mengenai pemilikan.

Jadi, apabila seseorang menyebut “daftar hak cipta”, proses di Malaysia lebih tepat difahami sebagai pemberitahuan sukarela, bukannya pendaftaran mandatori untuk mewujudkan hak tersebut.

KASS menyediakan perkhidmatan hak cipta bagi perniagaan, pencipta, syarikat teknologi dan pemilik karya yang memerlukan nasihat, dokumentasi dan perlindungan hak cipta.

4. Reka Bentuk Perindustrian: Melindungi Penampilan Produk

Bagaimana pula jika kelebihan produk anda terletak pada rupanya?

Di sinilah reka bentuk perindustrian boleh menjadi relevan.

MyIPO menerangkan reka bentuk perindustrian sebagai ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang dan dinilai melalui penampilan visualnya.

Iatermasuklah penampilan luaran bagi perabot, perkakas, bekas, pembungkusan atau produk pengguna tertentu.

Reka bentuk perindustrian tidak bertujuan melindungi cara produk berfungsi.

Jika sesuatu ciri ditentukan semata-mata oleh fungsi, ia mungkin tidak termasuk dalam ciri reka bentuk perindustrian yang boleh didaftarkan.

Contoh mudah

Bayangkan sebuah syarikat menghasilkan peralatan dapur baharu.

Nama produk mungkin dilindungi melalui trademark.

Mekanisme dalaman baharu mungkin perlu dinilai untuk paten.

Bentuk luaran yang unik mungkin sesuai untuk reka bentuk perindustrian.

Manual dan gambar produk pula mungkin melibatkan hak cipta.

Satu produk boleh mempunyai lapisan perlindungan IP yang berbeza.

KASS menyediakan perkhidmatan reka bentuk perindustrian daripada carian dan penilaian sehingga pemfailan dan penguatkuasaan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Trademark, Paten, Hak Cipta atau Reka Bentuk: Mana Satu Saya Perlukan?

Cara paling mudah ialah bermula dengan persoalan:

Apakah bahagian aset yang memberi nilai kepada perniagaan saya?

Jika pelanggan membeli produk kerana mereka mengenali nama jenama, trademark mungkin menjadi keutamaan.

Jika kelebihan produk datang daripada teknologi, paten mungkin lebih relevan.

Jika rupa fizikalnya menjadi pembeza utama, reka bentuk perindustrian perlu dinilai.

Jika nilai datang daripada kandungan atau karya asal, hak cipta mungkin terlibat.

Namun, anda tidak semestinya perlu memilih satu sahaja.

Banyak aset komersial memerlukan strategi yang menggabungkan beberapa jenis hak.

Contoh: Produk Teknologi

Sebuah syarikat menghasilkan peranti pintar baharu.

Nama ABC Smart digunakan sebagai jenama. Ini boleh melibatkan trademark.

Sistem sensor baharu di dalam peranti mungkin sesuai untuk penilaian paten.

Bentuk casing yang unik mungkin melibatkan reka bentuk perindustrian.

Aplikasi, manual pengguna, foto dan video pemasaran pula boleh mempunyai elemen hak cipta.

Pendekatan yang lebih baik bukan bertanya:

“Jenis IP manakah yang paling baik?”

Tetapi:

“Jenis IP manakah yang lebih relevan berdasarkan aset-aset yang sedia ada??”

Apa Yang Perlu Dibuat Sebelum Daftar Harta Intelek?

Selepas mengetahui jenis harta intelek yang relevan, langkah seterusnya ialah menentukan sama ada aset tersebut memenuhi syarat perlindungan dan bagaimana permohonan patut disediakan.

Carian awal biasanya sangat berguna.

Untuk trademark, carian membantu mengenal pasti hak terdahulu yang boleh menimbulkan konflik.

Untuk paten, carian awal membantu menilai kebaharuan ciptaan.

Untuk reka bentuk, carian boleh membantu menilai sama ada reka bentuk yang serupa telah wujud.

Bagi hak cipta, fokus mungkin beralih kepada pemilikan, dokumentasi dan bukti penciptaan.

Jika anda baru memulakan proses ini, rujuk juga panduan cara daftar harta intelek di Malaysia untuk memahami perjalanan daripada mengenal pasti aset sehingga pemfailan dan pengurusan hak.

Perlukah Semua Aset Perniagaan Didaftarkan?

Tidak semestinya.

Strategi IP tidak sepatutnya menjadi perlumbaan untuk mendapatkan sebanyak mungkin pendaftaran.

Perniagaan perlu melihat nilai komersial aset.

Pertimbangkan sama ada aset tersebut penting kepada pendapatan, reputasi, teknologi, pengembangan pasaran atau kelebihan berbanding pesaing.

Contohnya, sebuah SME yang mempunyai satu jenama utama mungkin lebih baik memberi keutamaan kepada perlindungan nama tersebut berbanding mendaftarkan setiap elemen kecil tanpa tujuan komersial yang jelas.

Sebaliknya, syarikat teknologi mungkin mempunyai beberapa ciptaan dan memerlukan strategi paten yang lebih kompleks.

KASS menyediakan perkhidmatan harta intelek merangkumi trademark, paten, hak cipta, reka bentuk perindustrian, pengurusan IP dan penguatkuasaan untuk membantu organisasi membina perlindungan berdasarkan keperluan sebenar perniagaan.

Soalan Lazim Tentang Jenis Harta Intelek

Apakah empat jenis harta intelek yang biasa digunakan oleh perniagaan?

Empat jenis yang biasa ialah trademark atau cap dagangan, paten, hak cipta dan reka bentuk perindustrian.

Namun, Malaysia juga mempunyai bentuk IP lain seperti petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.

Logo boleh melibatkan lebih daripada satu bentuk hak bergantung pada keadaan.

Sebagai tanda yang membezakan barangan atau perkhidmatan, ia boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran trademark. Jika logo merupakan karya seni asli, aspek tertentu juga boleh melibatkan hak cipta.

Idea semata-mata tidak semestinya layak mendapat paten.

Paten berkaitan dengan rekacipta yang memenuhi keperluan seperti kebaharuan, langkah merekacipta dan kebolehgunaan industri.

Perlindungan hak cipta boleh berlaku secara automatik apabila syarat undang-undang dipenuhi. Malaysia menyediakan Sistem Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta yang boleh membantu dari segi dokumentasi dan pembuktian.

Ya.

Nama produk, teknologi, reka bentuk luaran dan kandungan berkaitan produk boleh melibatkan hak yang berlainan. Strategi IP yang baik boleh menggabungkan beberapa bentuk perlindungan.

Pilih Perlindungan Berdasarkan Aset

Memahami jenis harta intelek di Malaysia ialah langkah penting sebelum membuat sebarang permohonan.

Trademark tidak menggantikan paten.

Paten tidak menggantikan reka bentuk perindustrian.

Hak cipta pula berfungsi secara berbeza daripada ketiga-tiganya.

Mulakan dengan mengenal pasti aset:

Apa yang pelanggan kenali daripada identiti bisnes saya?

Apa yang pesaing mungkin mahu tiru?

Di mana teknologi atau kreativiti memberi nilai kepada perniagaan?

Jawapan kepada soalan ini membantu menentukan bentuk perlindungan yang patut diberi keutamaan.

Jika anda mempunyai beberapa jenis aset atau masih tidak pasti sama ada anda memerlukan trademark, paten, hak cipta atau reka bentuk perindustrian, KASS International boleh membantu menilai keperluan IP dan membina strategi yang selari dengan matlamat perniagaan anda.

Hubungi KASS untuk mendapatkan panduan mengenai perlindungan harta intelek di Malaysia dan Asia Tenggara.

© KASS International. All rights reserved. This article is intended for practitioner information purposes and does not constitute legal advice.

Get the Insights That Keep You Protected. Subscribe today!