Cara Daftar Harta Intelek di Malaysia: Panduan Lengkap untuk Pemilik Bisnes

Cara Daftar Harta Intelek di Malaysia

Nama, jenama, logo, ciptaan, reka bentuk produk, perisian, kandungan kreatif dan teknologi boleh menjadi antara aset paling bernilai dalam sesebuah perniagaan.

Namun begitu,penggunaan aset-aset tersebut di dalam perniagaan tidak bermaksud aset tersebut sudah mendapat perlindungan harta intelek atau Intellectual Property (IP) yang sesuai.

Jika anda berniat untuk melindungi aset tersebut di bawah perlindungan harta intelek, cuba tanya soalan ini:

Apakah sebenarnya yang anda mahu lindungi?

Tahukah anda, penggunaan nama bagi sesuatu jenama mungkin memerlukan perlindungan cap dagangan, manakala setiap Teknologi baharu mungkin perlu dinilai untuk perlindungan paten. Penampilan sesuatu produk pula boleh dilindungi melalui reka bentuk industri manakala karya kreatif pula dilindungi melalui perlindungan hak cipta.

Memilih bentuk perlindungan yang betul sejak awal boleh membantu pemilik perniagaan mengelakkan kesilapan pemfailan, melindungi aset utama dan membina portfolio IP yang selari dengan rancangan komersial syarikat.

Di KASS International, kami membantu perniagaan daripada start-up hingga ke syarikat yang besar melalui penilaian harta intelek berdasarkan aset-aset sedia ada, merangka strategi IP, serta mengurus kesemua aset yang didaftarkan samada di pasaran lokal (Malaysia) mahupun global . Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan harta intelek KASS.

Protect Your Idea Before Someone Else Does

Apa Itu Harta Intelek?

Harta intelek, atau intellectual property (IP), merujuk kepada hak yang berkaitan dengan hasil kreativiti, inovasi, identiti jenama dan ciptaan manusia.

Berbeza dengan aset fizikal seperti hartanah, mesin atau stok, harta intelek ialah aset tidak ketara yang masih boleh mempunyai nilai komersial yang besar.

Sebagai contoh, sebuah syarikat mungkin mempunyai kilang dan mesin sebagai aset fizikal. Tetapi nama jenama produk, teknologi yang digunakan dalam proses pengeluaran, reka bentuk produk dan bahan pemasaran syarikat boleh melibatkan beberapa jenis perlindungan harta intelek.

Di Malaysia, ada beberapa jenis perlindungan harta intelek ataupun IP termasuklah cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, hak cipta, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.

Bagi kebanyakan syarikat, empat jenis perlindungan harta intelek yang sering menjadi keutamaan ialah:

Aset yang mahu dilindungi

Perlindungan yang boleh dipertimbangkan

Nama jenama, logo atau tanda komersial

Cap dagangan

Ciptaan atau penyelesaian teknikal

Paten / perbaharuan utiliti

Rupa atau penampilan sesuatu produk

Reka bentuk perindustrian

Kandungan, karya kreatif, perisian atau bahan asal

Hak cipta

Menariknya tentang harta intelek, setiap satu produk boleh mempunyai lebih daripada satu jenis harta intelek.

Sebagai contoh, syarikat yang berasaskan peranti teknologi mungkin mempunyai nama produk yang dilindungi sebagai cap dagangan, teknologi dalaman yang berpotensi dipatenkan, reka bentuk luaran yang sesuai untuk perlindungan reka bentuk perindustrian dan manual pengguna yang mempunyai perlindungan hak cipta.

Oleh itu, strategi IP yang baik tidak hanya bertanya “apa yang boleh saya daftar?”, tetapi juga “perlindungan mana yang paling penting untuk nilai perniagaan saya?”

Jenis Harta Intelek Yang Boleh Dilindungi di Malaysia

1. Cap Dagangan untuk Nama Jenama, Logo dan Identiti Perniagaan

Jika pelanggan mengenali perniagaan anda melalui nama, logo atau tanda tertentu, cap dagangan biasanya merupakan salah satu bentuk perlindungan yang perlu dipertimbangkan.

Cap dagangan membantu membezakan barangan atau perkhidmatan sesuatu perniagaan daripada pihak lain.

Ia boleh menjadi sangat penting apabila anda telah melaburkan masa dan wang dalam membina reputasi jenama.

Namun, sebelum membuat permohonan, adalah penting untuk mengetahui sama ada terdapat cap dagangan terdahulu yang sama atau hampir serupa.

Carian awal juga boleh membantu mengenal pasti potensi konflik sebelum anda melabur lebih banyak dalam papan tanda, pembungkusan, laman web dan kempen pemasaran.

Pemilihan kelas barangan atau perkhidmatan turut memainkan peranan penting. Perlindungan cap dagangan berkait dengan barangan dan perkhidmatan yang dinyatakan dalam permohonan, jadi pemilihan kelas perlu mengambil kira aktiviti perniagaan semasa dan, jika sesuai, rancangan pertumbuhan jenama.

KASS menyediakan perkhidmatan cap dagangan yang merangkumi carian dan analisis, strategi pemfailan, pendaftaran, pengurusan portfolio, pembaharuan serta sokongan apabila timbul bantahan atau pertikaian.

2. Paten untuk Ciptaan dan Penyelesaian Teknikal

Jika anda membangunkan teknologi, produk atau proses baharu, cap dagangan sahaja tidak cukup untuk melindungi cara ciptaan tersebut berfungsi.

Paten memberi fokus kepada aspek teknikal sesuatu ciptaan.

Permohonan paten biasanya lebih kompleks kerana ia memerlukan penerangan teknikal dan tuntutan yang menentukan skop perlindungan yang ingin diperoleh.

Ini juga bermaksud strategi pemfailan sangat penting.

Permohonan yang terlalu sempit mungkin memberikan perlindungan yang terhad, manakala tuntutan yang tidak disediakan dengan baik boleh menimbulkan isu semasa pemeriksaan.

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah strategi pendedahan.

Jika anda mempunyai ciptaan yang berpotensi untuk dipatenkan, sebaiknya dapatkan nasihat sebelum menerbitkan butiran teknikal, mempersembahkannya kepada umum atau melancarkan produk secara meluas. Pendedahan terdahulu boleh memberi kesan kepada strategi paten bergantung pada fakta dan bidang kuasa yang terlibat.

KASS mempunyai pasukan teknikal dan profesional IP dalaman yang menyediakan perkhidmatan paten daripada carian kebolehpatentan dan penyediaan spesifikasi hingga pemfailan, prosecution, pembaharuan dan penguatkuasaan.

3. Reka Bentuk Perindustrian untuk Penampilan Produk

Ada produk yang tidak mempunyai teknologi baharu tetapi mempunyai penampilan tersendiri yang menjadi kelebihan komersial.

Dalam keadaan tertentu, reka bentuk perindustrian boleh digunakan untuk melindungi ciri visual produk seperti bentuk, konfigurasi, corak atau ornamentasi.

Di bawah perlindungan ini, a rupa sesuatu peralatan, bekas, pembungkusan, perabot atau produk pengguna turut terangkum

Jika rupa produk merupakan faktor penting yang membuat pelanggan mengenalinya atau membezakannya daripada produk lain, perlindungan reka bentuk perindustrian patut dinilai sebelum produk dipasarkan secara meluas.

KASS boleh membantu menentukan sama ada reka bentuk anda memenuhi strategi perlindungan yang sesuai dan menguruskan pendaftaran reka bentuk perindustrian sebagai sebahagian daripada portfolio IP anda.

4. Hak Cipta untuk Kandungan dan Karya Kreatif

Hak cipta berbeza daripada cap dagangan, paten dan reka bentuk perindustrian kerana Malaysia tidak mewajibkan pendaftaran formal untuk kewujudan hak cipta apabila syarat undang-undang yang berkaitan telah dipenuhi.

Walau bagaimanapun, MyIPO menyediakan mekanisme Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta.

Ia boleh menjadi berguna dari sudut dokumentasi dan pembuktian pemilikan sekiranya timbul pertikaian pada masa hadapan.

Hak cipta boleh relevan kepada pelbagai jenis karya, termasuk tulisan, fotografi, ilustrasi, muzik, video, bahan pemasaran, manual dan kod perisian tertentu.

Bagi syarikat digital, agensi kreatif, pembangun perisian, penerbit, institusi pendidikan atau perniagaan yang menghasilkan banyak kandungan, pengurusan hak cipta juga perlu diteliti.

Sebagai contoh, siapakah pemilik sebenar bagi  karya yang dibuat oleh pekerja, freelancer atau vendor luar?

KASS menyediakan perkhidmatan hak cipta yang merangkumi nasihat, dokumentasi, pemberitahuan, perlindungan dan penguatkuasaan bagi karya di Malaysia serta pasaran Asia Tenggara.

Bagaimana Cara Daftar Harta Intelek di Malaysia?

Proses sebenar berbeza mengikut jenis harta intelek, tetapi bagi kebanyakan perniagaan, perjalanan perlindungan IP boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat utama.

Langkah 1: Kenal Pasti Aset IP Anda

Sebelum memfailkan apa jua jenis perlindungan kenal pasti aset-aset yang penting kepada perniagaan.

Kenal pasti tujuan, melalui “self-questioning”

Jika pesaing menyalin atau menggunakan aset ini, adakah ia akan memberi kesan kepada jualan, reputasi, teknologi atau kelebihan kompetitif syarikat?

 Ada beberapa jenis kandungan yang mungkin memberi impak negatif kepada syarikat, terutamanya apabila ianya hampir sama dengan kandungan asal.

Bagi syarikat yang sudah mempunyai banyak produk, jenama atau teknologi, pengurusan IP boleh membantu mengenal pasti aset sedia ada dan menentukan bahagian portfolio yang memerlukan perlindungan tambahan. KASS menyediakan IP audit dan strategi pengurusan portfolio sebagai sebahagian daripada perkhidmatan tersebut.

Langkah 2: Tentukan Bentuk Perlindungan Yang Betul

Selepas aset dikenal pasti, tentukan jenis perlindungan yang paling sesuai.

Jangan anggap satu jenis pendaftaran melindungi seluruh produk atau perniagaan.

Contohnya:

Nama produk → Cap dagangan

Teknologi produk → Paten

Rupa produk → Reka bentuk perindustrian

Manual atau kandungan → Hak cipta

Satu strategi IP boleh menggunakan beberapa hak secara serentak untuk melindungi bahagian yang berbeza daripada produk yang sama.

Di sinilah penilaian awal oleh profesional IP boleh membantu, khususnya apabila aset tersebut tidak mudah dikategorikan atau mempunyai nilai komersial yang besar.

Langkah 3: Jalankan Carian Sebelum Pemfailan

Carian awal merupakan antara langkah paling penting sebelum permohonan.

Bagi cap dagangan, carian boleh membantu mengenal pasti tanda terdahulu yang sama atau serupa.

Bagi paten, carian awal boleh membantu menilai sama ada teknologi serupa telah didedahkan sebelum ini.

Bagi reka bentuk perindustrian, semakan terdahulu juga boleh membantu menilai potensi isu kebaharuan.

Carian tidak menjamin bahawa permohonan akan diterima, tetapi ia memberikan maklumat yang lebih baik sebelum anda melaburkan kos dan masa dalam proses pemfailan.

KASS, sebagai contoh, menyediakan carian dan analisis cap dagangan sebelum pemfailan serta laporan penilaian risiko dan cadangan tindakan.

Langkah 4: Sediakan Strategi dan Dokumen Permohonan

Selepas carian, permohonan perlu disediakan berdasarkan jenis IP.

Bagi cap dagangan, antara perkara penting ialah tanda yang dipohon serta kelas dan spesifikasi barangan atau perkhidmatan.

Bagi paten, penyediaan spesifikasi dan tuntutan memerlukan perhatian teknikal yang lebih mendalam kerana dokumen ini boleh memberi kesan kepada skop perlindungan yang diperoleh.

Inilah sebabnya servis pendaftaran harta intelek bukan semata-mata mengenai “menghantar borang”.

Strategi sebelum pemfailan boleh memberi kesan kepada bagaimana aset tersebut dilindungi kemudian.

Langkah 5: Failkan Permohonan dan Pantau Pemeriksaan

Selepas permohonan difailkan, proses tidak semestinya berakhir.

Permohonan mungkin melalui pemeriksaan dan pihak berkuasa boleh membangkitkan isu yang memerlukan respons atau pindaan.

Bagi cap dagangan, sebagai contoh, isu boleh melibatkan kebolehdaftaran atau konflik dengan hak terdahulu.

Bagi paten, pemeriksaan boleh melibatkan isu kebaharuan, langkah inventif, kejelasan tuntutan atau perkara teknikal lain.

Jika anda menggunakan profesional IP, mereka boleh membantu memantau tarikh akhir perlindungan aset, mengurus komunikasi dengan pejabat IP dan menyediakan respons apabila diperlukan.

KASS menguruskan proses IP daripada carian dan pemfailan hingga penguatkuasaan, pembaharuan dan perlindungan selepas pendaftaran, supaya pemilik perniagaan tidak hanya bergantung pada tindakan pemfailan awal.

Bolehkah Saya Daftar Harta Intelek Sendiri?

Untuk sesetengah permohonan, pemilik IP mungkin boleh melakukan pemfailan sendiri melalui sistem MyIPO.

Tetapi persoalan yang lebih penting ialah sama ada “adakah anda benar-benar memahami proses permohonan Harta Intelek tersebut berdasarkan jenis perlindungan yang dipilih? 

Sebagai contoh, bagi satu cap dagangan yang mudah, pemilik bisnes mungkin selesa mengendalikan permohonan sendiri.

Namun, Keadaan menjadi lebih kompleks apabila pemilik bisnes perlu menentukan jenis kelas,melakukan carian awal, serta menguruskan permohonan sehinggalah ianya mendapat kelulusan penuh. Malah, bagi , syarikat yang mempunyai banyak jenama atau permohonan perlu dibuat di beberapa negara, ianya amatlah penting untuk memahami proses pendaftaran cap dagangan di setiap negara yang kadangkala agak berbeza.

Begitu juga dengan paten. Isunya bukan hanya menghantar permohonan, tetapi bagaimana ciptaan diterangkan dan bagaimana skop tuntutan dibentuk.

Mendapatkan bantuan profesional boleh menjadi lebih penting apabila IP tersebut mempunyai nilai komersial yang tinggi atau akan menjadi sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat.

Apa Yang KASS Boleh Bantu Sebelum dan Selepas Pendaftaran?

KASS bukan hanya membantu menghantar permohonan kepada MyIPO.

Perlindungan harta intelek yang berkesan biasanya bermula sebelum pemfailan dan berterusan selepas hak diperoleh.

Sebelum pemfailan

KASS boleh membantu mengenal pasti jenis IP yang relevan, menjalankan carian, menilai risiko, menentukan strategi pendaftaran dan menyediakan dokumen yang diperlukan.

Semasa pemfailan

Pasukan KASS boleh menguruskan pemfailan cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian dan hak cipta serta memantau perkembangan permohonan.

Jika MyIPO membangkitkan isu

Jika permohonan menerima bantahan atau memerlukan respons, strategi susulan boleh disediakan berdasarkan isu yang dibangkitkan dan hak yang dipohon.

Selepas pendaftaran

Perlindungan IP juga memerlukan pengurusan jangka panjang.

Tarikh pembaharuan perlu dipantau, malah portfolio mungkin perlu dikembangkan apabila perniagaan memasuki pasaran baharu. Pemilik bisnes juga harus memahami bahawa perlindungan yang diperolehi adalah bersifat “territorial” ataupun setempat. Penggunaan cap dagangan tanpa kebenaran mungkin akan berdepan dengan tidakan serius, terutamanya jika aset anda mempunyai nama/identiti atau ciri-ciri hampir sama di negara lain.

KASS menyediakan perkhidmatan IP secara menyeluruh daripada pendaftaran hingga pengurusan, pengkomersialan dan sokongan penguatkuasaan. Sebagai firma khusus harta intelek sejak 1999, KASS juga menyokong perlindungan merentasi beberapa pasaran Asia Tenggara.

Berapa Kos Daftar Harta Intelek di Malaysia?

Tiada harga tetap yang sesuai untuk semua jenis harta intelek.

Kos bergantung pada aset yang mahu dilindungi, jenis IP, bilangan kelas bagi cap dagangan, kompleksiti permohonan, keperluan carian, negara perlindungan dan sama ada timbul isu semasa proses pemeriksaan.

Sebagai contoh, kos memfailkan satu cap dagangan dalam satu kelas tidak sama dengan strategi cap dagangan yang merangkumi beberapa kelas dan beberapa negara.

Begitu juga, penyediaan paten yang melibatkan teknologi kompleks biasanya mempunyai keperluan yang berbeza daripada pendaftaran cap dagangan.

Sebab itu, sebelum bertanya 

“Berapa harga daftar harta intelek?”

lebih baik tentukan terlebih dahulu:

“Apa yang saya perlu lindungi dan di mana saya perlukan perlindungan?”

Dengan skop yang jelas, strategi pendaftaran dan anggaran kos boleh disediakan dengan lebih tepat.

Bila Masa Sesuai untuk Daftar Harta Intelek?

Secara praktikal, perlindungan sebaiknya dipertimbangkan sebelum aset menjadi terlalu terdedah atau perniagaan melaburkan jumlah yang besar di dalamnya.

Untuk jenama, adalah lebih baik membuat semakan sebelum mencetak ribuan pembungkusan, memasang papan tanda atau melancarkan kempen besar.

Untuk ciptaan, strategi paten sebaiknya dinilai sebelum pendedahan awam.

Untuk reka bentuk produk, perlindungan perlu dipertimbangkan sebelum reka bentuk dipasarkan secara meluas.

Jika anda sedang merancang untuk melancarkan produk atau jenama baharu, IP sepatutnya menjadi sebahagian daripada checklist pra-pelancaran, bukan perkara yang hanya difikirkan selepas perniagaan berjaya.

Bagaimana Jika Perniagaan Mahu Berkembang ke Luar Malaysia?

Pendaftaran di Malaysia tidak secara automatik memberi perlindungan yang sama di seluruh dunia.

Hak IP secara amnya bersifat wilayah atau territorial

Ini bermaksud syarikat yang bercadang masuk ke Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, China atau pasaran lain perlu menilai strategi perlindungan berdasarkan negara yang penting kepada perniagaan.

Pasaran yang perlu diberi keutamaan mungkin termasuk negara tempat anda menjual produk, menghasilkan barangan, mencari pelabur, melantik pengedar atau menghadapi risiko peniruan yang tinggi.

KASS mempunyai kehadiran di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar dan Timor-Leste, membolehkan perniagaan mengurus strategi IP Asia Tenggara melalui rangkaian serantau yang lebih terselaras.

Kesilapan Biasa Semasa Daftar Harta Intelek

Antara kesilapan paling biasa ialah menganggap pendaftaran nama syarikat secara automatik memberi perlindungan cap dagangan. Pendaftaran syarikat dan pendaftaran cap dagangan mempunyai fungsi yang berbeza.

Kesilapan lain ialah membuat permohonan tanpa carian terlebih dahulu. Ini boleh menyebabkan perniagaan menemui konflik hanya selepas wang telah dibelanjakan untuk penjenamaan atau pemfailan.

Sesetengah pemilik perniagaan pula melindungi satu aset tetapi mengabaikan aset lain yang sama penting. Contohnya, mereka mendaftarkan jenama tetapi tidak menilai teknologi atau reka bentuk produk.

Satu lagi kesilapan ialah menunggu terlalu lama.

Bagi beberapa kes, ada pemilik bisnes yang hanya memberi perhatian kepada pengurusan aset harta intelektualselepas pesaing mula meniru, selepas jenama telah berkembang ke luar negara atau selepas ciptaan telah didedahkan secara meluas, pilihan perlindungan mungkin menjadi lebih rumit.

Pendekatan yang lebih baik ialah menjadikan IP sebahagian daripada strategi perniagaan sejak awal.

Soalan Lazim Tentang Daftar Harta Intelek

Di mana hendak daftar harta intelek di Malaysia?

Perbadanan Harta Intelek ataupun MyIPO ialah badan utama yang mentadbir hak seperti cap dagangan, paten dan reka bentuk perindustrian di Malaysia serta menyediakan mekanisma Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta.

Pemohon juga boleh melantik profesional atau ejen IP untuk membantu dalam carian, strategi, dokumentasi, pemfailan dan pengurusan permohonan.

Ia bergantung pada aset utama perniagaan.

Jika nilai utama datang daripada jenama, cap dagangan biasanya perlu diberi perhatian. Jika kelebihan anda datang daripada teknologi baharu, paten mungkin perlu dinilai. Jika rupa produk menjadi faktor pembeza, pertimbangkan reka bentuk perindustrian.

Bagi syarikat dengan beberapa jenis aset, audit IP boleh membantu menentukan keutamaan.

Pendaftaran nama perniagaan atau syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM tidak sama dengan mendapatkan hak cap dagangan.

Jika nama tersebut berfungsi sebagai jenama bagi produk atau perkhidmatan anda, perlindungan cap dagangan perlu dinilai secara berasingan.

Hak cipta di Malaysia tidak bergantung kepada pendaftaran mandatori apabila syarat undang-undang telah dipenuhi.

Namun, Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta melalui MyIPO boleh membantu menyediakan dokumentasi yang berkaitan dengan pemilikan karya.

Tempohnya bergantung kepada jenis IP, keadaan permohonan, pemeriksaan dan sama ada terdapat bantahan atau isu yang perlu dijawab.

Cap dagangan, paten dan reka bentuk perindustrian tidak semestinya mengambil tempoh yang sama.

Bolehkah KASS membantu jika saya tidak pasti jenis IP yang perlu didaftarkan?

Ya. Salah satu langkah awal yang boleh dilakukan ialah mengenal pasti aset yang anda miliki dan menentukan bentuk perlindungan yang relevan.

KASS menyediakan perkhidmatan merangkumi cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan pengurusan portfolio IP, termasuk IP audit untuk organisasi yang mempunyai beberapa jenis aset.

Daftar Harta Intelek dengan Strategi yang Sesuai untuk Perniagaan Anda

Daftar harta intelek bukan sekadar mengisi borang untuk mendapatkan sijil.

Nilai sebenar datang daripada mengenal pasti aset yang penting, memilih jenis perlindungan yang betul dan memastikan portfolio IP menyokong hala tuju perniagaan.

Sebelum membuat permohonan, fikirkan tiga perkara:

Apa yang mahu dilindungi?

Di pasaran mana perlindungan diperlukan?

Bagaimana IP tersebut menyokong perniagaan dalam jangka panjang?

KASS International telah mengkhusus dalam bidang harta intelek sejak 1992 dan membantu usahawan, startup, syarikat, universiti serta organisasi lain dalam perlindungan dan pengurusan IP di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Perkhidmatannya merangkumi cap dagangan, paten, hak cipta, reka bentuk perindustrian dan pengurusan portfolio IP.

Jika anda mempunyai jenama, ciptaan, reka bentuk atau karya yang ingin dilindungi tetapi tidak pasti jenis penlindungan yang sesuai, hubungi pasukan KASS untuk membincangkan aset dan keperluan perlindungan anda.

Langkah yang strategik bukan semata-mata mendaftar sebanyak mungkin IP, tetapi mendapatkan perlindungan yang tepat untuk aset yang benar-benar membina nilai pasaran bisnes anda.

© KASS International. All rights reserved. This article is intended for practitioner information purposes and does not constitute legal advice.

Get the Insights That Keep You Protected. Subscribe today!